LAMAN SESAWANG

Sila baca dan fahami terma dan syarat yang terkandung di bawah yang akan mengawalselia penggunaan laman sesawang EZTakaful dan lama-laman yang terdapat di ezTakaful.com.my (selepas ini dirujuk sebagai syarat penggunaan). Penggunaan laman sesawang kami oleh anda adalah berdasarkan persetujuan dan penerimaan syarat penggunaan yang sedang berkuat kuasa oleh anda, dan termasuk sebarang syarat penggunaan pilihan tambahan yang mungkin dimaklumkan kepada anda pada dan apabila isu-isu dibincangkan di laman sesawang kami.

Sila hubungi kami melalui telefon atau melalui emel di [email protected] untuk sebarang pertanyaan mengenai syarat penggunaan yang dinyatakan di sini. Kami berhak untuk meminda, mengubah atau menukar syarat penggunaan pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa tanpa merujuk atau memaklumkan kepada anda.

Kandungan laman sesawang ini merangkumi tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, teks, grafik, produk, audio, video, pautan atau sebarang data lain yang terkandung di sini dan di bawah Pelokasi Sumber Seragam (URL) dan ezTakaful.com.my kami.

KEPEMILIKAN
Semua hakcipta, rekaan, grafik, teks, pengkalan data, hak, logo, imej, nama, cap dagangan dan lain-lain hak harta intelek dalam laman sesawang ini (kecuali dinyatakan sebaliknya) adalah dimiliki oleh dan merupakan harta milik EZTakaful dan/atau mana-mana pihak ketiga yang berkaitan. Oleh itu, laman sesawang ini tidak memberi sebarang lesen atau hak kepada mana-mana pihak atau individu untuk menggunakan mana-mana yang tersebut dan sebarang penggunaan akan membentuk pelanggaran hak pemilik atau pemegang lesen.

HALANGAN UNTUK TERBITAN SEMULA

Anda tidak dibenarkan dalam apa jua cara untuk menerbitkan/memaparkan secara komersial dalam apa jua bentuk kepada umum, menggunakan semula, menerbitkan semula, membuat petikan, menyimpan, meminda atau memuat naik ke lokasi lain kecuali setelah mendapat kebenaran awal secara bertulis dari kami.

PERSETUJUAN UNTUK TERBITAN SEMULA

Bahawa anda mengesahkan dan bersetuju bahawa sebarang perbincangan, forum atau cadangan di laman sesawang kami oleh anda akan menjadi hakmilik kami dan anda dengan ini menyatakan di sini sebagai bersetuju dengan kami mengenai penggunaan tersebut, dan kami bebas untuk membangunkan konsep atau konsep-konsep seumpamanya sebagai milik kami tanpa sebarang pertimbangan/bayaran kepada anda atau mana-mana pihak lain kecuali anda telah menyatakan dan memaklumkan secara khusus kepada kami di peringkat awal bahawa pemilikan tersebut adalah milik pihak ketiga dan pelaksanaannya akan melanggar hak kepemilikan pihak ketiga tersebut. Anda juga menjamin dan memberi indemniti kepada kami dan akan kekal memberi indemniti kepada kami daripada sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga yang menuntut bahawa kami melanggar hak kepemilikan mereka.

TIDAK BERSIFAT NASIHAT RUNDINGCARA

Bahan dan maklumat yang terkandung di laman sesawang ini bukan dan tidak bertujuan untuk menyediakan sebarang nasihat peribadi, kewangan, pelaburan atau sebagainya , sama ada dinyatakan atau tersurat dan anda adalah dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan nasihat bebas sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di laman sesawang kami atau sebarang rujukan silang yang terkandung di laman sesawang kami.

KETEPATAN

Kami telah berusaha untuk memastikan ketepatan kandungan laman sesawang kami dan maklumat serta bahan yang terkandung di laman sesawang kami telah disediakan atas dasar “sepertimana” dan “seperti sedia”, bagaimanapun kami tidak menjamin dan memberi waranti bahawa laman sesawang kami akan memenuhi semua keperluan anda. Kami juga tidak menjamin dan memberi waranti bahawa akses ke laman sesawang kami adalah tanpa-kesilapan, bebas-virus atau bebas-pepijat pada bila-bila masa dan bahawa kecacatan akan diperbaiki.

RISIKO
Akses dan penggunaan laman sesawang kami dibuat oleh anda dengan risiko sendiri dan kami tidak menjamin dan/atau memberi waranti bahawa penggunaan laman sesawang kami atau muat turun sebarang bahan seterusnya tidak akan merosakkan harta berkaitan anda atau menghapuskan risiko internet yang wujud seperti kehilangan data, serangan virus, perisian risikan/hasad dan yang seumpamanya. Sebagai tambahan, kami juga menafikan sebarang liabiliti untuk kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh perubahan yang dibuat ke atas kandungan laman sesawang kami oleh mana-mana pihak ketiga.

PENAFIAN DAN PENGECUALIAN LIABILITI, WARANTI DAN JAMINAN
Kami tidak menjamin pada bila-bila masa akan kesediaan produk atau perkhidmatan tertentu yang berterusan dan pada harga tertentu. Kami berhak untuk menarik balik sebarang produk atau perkhidmatan atau menolak permohonan anda untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan tanpa perlu memberikan sebarang sebab. Kami mengecualikan semua liabiliti dalam kontrak dan tort, tanggungjawab berkanun kepada mana-mana orang yang timbul daripada akses ke laman sesawang kami atau tidak boleh-akses/ketidaksediaan laman sesawang kami atau untuk sebarang kesilapan, ketidaktepatan atau ketinggalan yang terkandung dalam laman sesawang kami. Kami juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang (termasuk dan tidak terhad kepada) kehilangan untung, kerugian ekonomi, kehilangan data, kontrak, peluang perniagaan, ehsan atau reputasi yang dialami atau ditanggung yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan penggunaan atau ketidak-bolehguna laman sesawang kami. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda kehilangan sebarang kandungan atau bahan semasa memuat naik atau menghantar data atau bahan tersebut melalui laman sesawang kami.

PENGGANTUNGAN
Kami berhak untuk, sama ada dengan atau tanpa notis, untuk menggantung akses ke laman sesawang kami bila dan apabila diperlukan untuk (tetapi tidak terhad kepada) baikpulih, penyelenggaraan, kemaskini atau naiktaraf.

JEMPUTAN UNTUK MENGANDAIKAN
Produk dan perkhidmatan di laman sesawang kami tidak membentuk tawaran untuk menjual. Ia hanyalah jemputan untuk mengandaikan dan minat anda untuk membeli produk atau perkhidmatan hanya membentuk tawaran dari pihak anda yang mungkin diterima oleh kami atas terma dan syarat di sini atau menolak tawaran anda tanpa perlu memberikan sebarang sebab untuk penolakan tersebut.

TERMA DAN SYARAT PRODUK/PERKHIDMATAN

Maklumat dan butiran produk dan perkhidmatan di laman sesawang ini tidak semestinya mewakili butiran lengkap semua terma, syarat, pengecualian dan butiran perlindungan Takaful, tetapi semua ini akan dimasukkan dalam Sijil Takaful atau Sijil Induk atau syarat pembelian yang diterbitkan kepada anda, yang akan disediakan sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik.

Harga bagi produk atau perkhidmatan kami adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Kami mempunyai hak pada bila-bila masa untuk mengubah suai atau menghentikan produk atau perkhidmatan (atau mana-mana bahagian atau kandungan daripadanya) tanpa notis pada bila-bila masa. Kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, perubahan harga, penggantungan atau penamatan produk atau perkhidmatan.

PERCANGGAHAN TERMA DAN SYARAT
Terma dan syarat dalam Sijil Takaful atau Sijil Induk akan didahulukan dan/atau berkuat kuasa ke atas sebarang percanggahan atau pertentangan yang mungkin terdapat di laman sesawang kami.

PENDEDAHAN LENGKAP DAN BENAR

Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada kami dengan lengkap dan benar semua perkara yang anda ketahui atau sewajarnya ketahui yang berkaitan dengan keputusan kami semasa mempertimbangkan kelulusan/penerimaan untuk Sijil Takaful anda atau jika tidak anda mungkin dinafikan daripada menerima manfaat dari Sijil.

PEMBENTUKAN KONTRAK YANG MENGIKAT SECARA UNDANG-UNDANG MELALUI PEMBELIAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KAMI MELALUI ATAS TALIAN/LAMAN SESAWANG

Anda membuat tawaran untuk membeli produk Takaful dengan menerima harga yang disebutkan selepas melangkapkan semua butiran yang diperlukan, dengan andaian perkhidmatan dan produk itu tersedia untuk anda. Atas penerimaan tawaran dan bayaran anda, anda akan menerima pengesahan pembelian anda.

Anda harus memastikan bahawa butiran dan maklumat (terutama sekali yang berkaitan dengan pembayaran) yang telah anda berikan kepada kami sewaktu menggunakan laman sesawang kami anda betul dan terdapat baki yang mencukupi untuk membayar kos produk atau perkhidmatan.

TEMPOH SEMAKAN PERCUMA
Terdapat tempoh semakan percuma empat belas (14) hari selepas tarikh anda menerima Sijil Takaful. Dalam tempoh tersebut, jika anda bependapat ia tidak memenuhi keperluan anda, anda boleh membatalkan Sijil tersebut, dengan memberikan notis bertulis kepada kami dan mengembalikan Sijil kepada kami. Kami kemudiannya akan mengembalikan sebarang caruman yang anda bayar kepada kami, tertakluk bahawa anda tidak pernah membuat atau cuba membuat sebarang tuntutan dalam tempoh tersebut.

BAYARAN CARUMAN
Bayaran caruman untuk sebarang produk Takaful, pembaharuan atau perkhidmatan yang dibeli melalui laman sesawang kami hendaklah dibayar sepenuhnya pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam Sijil Takaful.

Melainkan jika diperuntukkan selainnya, semua pembayaran yang perlu dibuat oleh anda menggunakan jenis kad kredit diterima oleh kami pada masa pembelian atau pembaharuan Sijil berkenaan Takaful atau perkhidmatan. Oleh itu, anda mesti memberikan kami melalui detail laman web kami supaya kad kredit semasa dan sah anda, termasuk:

  • Nama pada kad kredit;
  • Nombor kad kredit; dan
  • Tarikh lupa kad kredit

PERLINDUNGAN BUTIRAN PERIBADI
Sebarang maklumat peribadi yang disediakan kepada kami melalui laman sesawang kami dianggap telah diberikan dengan kebenaran anda dan akan diuruskan oleh kami selaras dengan Penyata privasi dan keselamatan kami dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (PDPA). 

PAUTAN LAMAN SESAWANG PIHAK KETIGA
Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang mungkin anda alami atau tanggung dalam apa jua cara apabila menggunakan laman sesawang pihak ketiga yang mungkin dipautkan dalam laman sesawang kami kerana pautan tersebut adalah untuk maklumat dan kemudahan anda sahaja. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman sesawang pihak ketiga tersebut.

SEKATAN PENGGUNAAN
Dengan mengakses laman sesawang kami, anda bersetuju dan memberi jaminan tidak akan menggunakan laman sesawang kami dengan cara atau kaedah yang mungkin atau boleh menyebabkan gangguan atau kerosakan kepada laman sesawang kami. Semua komunikasi elektronik yang dihantar dari komputer anda akan dianggap sebagai komunikasi dari anda dan tanggungjawab anda. Anda tidak boleh memasukan pautan hiper ke laman sesawang kami dan nama serta logo EZTakaful tidak boleh digunakan oleh anda dalam apa jua cara termasuk tetapi tidak terhad kepada pengiklanan atau publisiti berkaitan sebarang bahan di laman sesawang ini.

Anda hanya dibenarkan untuk menggunakan laman sesawang kami untuk dan bagi mendapatkan sebut harga Takaful atau pertanyaan mengenai perlindungan Takaful atau terlibat dengan transaksi berkaitan-Takaful untuk diri anda dan waris terdekat serta rakan anda dengan kebenaran mereka.

INDEMNITI (PENEPIAN)

Anda telah bersetuju untuk memberi indemniti kepada kami terhadap sebarang liabiliti yang ditanggung oleh kami untuk sebarang pampasan, kerugian, kos atau perbelanjaan yang disebabkan oleh pelanggaran syarat penggunaan ini oleh anda dan sebarang kelewatan dalam menguatkuasakan hak kami di sini tidak akan dianggap sebagai kami telah mengenepikan hak kami.

PINDAAN KEPADA SYARAT PENGGUNAAN
Syarat yang terkandung di sini boleh diubah atau dipinda pada bila-bila masa selepas ini dan paparan di laman sesawang akan dianggap sebagai notis mencukupi untuk memaklumkan variasi dan pindaan, dan anda dianggap telah menerima syarat penggunaan baharu tersebut. Untuk itu, anda dinasihatkan agar menyemak syarat penggunaan setiap kali anda melayari laman sesawang kami.

TERMA MENYALAHI UNDANG-UNDANG

Sekiranya sebarang terma di sini menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ia akan dipadamkan dan dianggap tidak efektif tanpa menjejaskan kesahihan dan penguatkuasaan lain-lain syarat penggunaan.

RAKAMAN DAN PENYIMPANAN
Anda bersetuju dengan kami untuk membenarkan kami merakam dan menyimpan panggilan telefon dan koresponden emel hasil akses anda di laman sesawang kami untuk tujuan latihan dan untuk membantu mencegah penipuan.

BIDANG KUASA DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN
Sebarang pertikaian yang timbul daripada syarat penggunaan ini untuk produk dan perkhidmatan yang sedia untuk dibeli di Malaysia akan diselesaikan di Mahkamah Malaya (Malaysia) dan undang-undang berkaitan adalah undang-undang Malaysia.

KOMEN, MAKLUMBALAS DAN LAIN-LAIN PENYERAHAN PENGGUNA

Sekiranya, atas permintaan kami, anda menghantar serahan tertentu (sebagai contoh penyertaan peraduan) atau tanpa permintaan kami anda menghantar idea kreatif, cadangan, usul, pelan atau material lain, sama ada secara atas talian, email, pos, atau lainnya (secara kolektif, komen, anda bersetuju bahawa kami mungkin, pada bila-bila masa, tanpa pengehadan, mengedit, menyalin, menyiar, mengedar, menterjemah dan lainnya menggunakan komen yang anda berikan kepada kami di mana mana medium. Kami tidak bertanggungjawab (1) untuk mengekalkan sebarang komen sebagai sulit; (2) untuk membayar pampasan bagi apa-apa komen; atau (3) untuk bertindak balas terhadap sebarang komen.

Kami mungkin, tetapi tidak mempunyai obligasi untuk memantau, mengedit atau memadam mana-mana kandungan yang kami kenal pasti mengikut budi bicara kami adalah menyalahi undang-undang, bersifat ganas, mengancam, memfitnah, menghasut, bersifat pornografik, lucah atau melanggar harta intelek mana-mana pihak atau Terma & Syarat ini.

Anda setuju bahawa komen anda tidak akan melanggar hak mana-mana pihak ketiga, termasuk hak cipta, cap dagang, privasi, personaliti atau lain-lain hak peribadi atau hak milik. Anda selanjutnya bersetuju bahawa komen anda tidak akan mengandungi bahan berunsur fitnah atau sebaliknya menyalahi undang-undang, kesat atau lucah, atau mengandungi apa-apa virus komputer atau malware lain yang boleh dalam apa-apa cara menjejaskan operasi Perkhidmatan atau apa-apa laman web yang berkaitan. Anda tidak boleh menggunakan alamat e-mel palsu, berpura-pura menjadi orang lain daripada diri sendiri, atau mengelirukan kami atau pihak ketiga tentang asal komen. Anda semata-mata bertanggungjawab bagi apa-apa komen yang anda buat dan ketepatan mereka. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang liabiliti bagi apa-apa komen yang dihantar oleh anda atau mana-mana pihak ketiga.

PERAKUAN
Akses dan penggunaan laman sesawang kami oleh anda akan dianggap sebagai penerimaan syarat penggunaan seperti dinyatakan di sini pada laman sesawang kami.