ezPrime

Melindungi anda yang berumur melebihi 50 tahun

  • Penerimaan dijamin
  • Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan
  • Manfaat dibayar terus kepada anda atau keluarga anda, cukai dikecualikan
  • Manfaat dibayar sebagai tambahan kepada apa jua insurans yang dimiliki
  • Caruman bulanan tidak meningkat dengan usia
  • Anda boleh mendaftar sekiranya berumur 50 -70

What’s inside this personal accident plan?

Core Benefits Basic Supreme Premier Premier Plus
Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan 100,000 200,000 300,000 500,000
Hilang Upaya Keseluruhan Sementara Akibat Kemalangan 50 100 150 250
Pelan Bonus untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan - 10,000 15,000 25,000
Add-on Benefits Basic Supreme Premier Premier Plus
Tulang Patah Akibat Kemalangan
 500 1,000 1,500 2,500
Gantian Pinggul Akibat Kemalangan 500 1,000 1,500 2,500
Tunai Kecemasan Semasa Kemasukan Hospital Akibat Kemalangan 250 500 750 1,250
Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan Semasa Perjalanan 50,000 100,000 150,000 250,000
Elaun Penjagaan Kejururawatan bagi Hilang Upaya Keseluruhan Sementara Akibat Kemalangan 50 100 150 250

All amounts are in Ringgit Malaysia (RM)

Mari kita lihat pembayaran yang tersedia dengan EZPrime

Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan

Sehingga RM500,000 tunai sekaligus sekiranya mana-mana yang berikut berlaku dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan:

  • Anda meninggal dunia akibat kemalangan tersebut
  • Anda menjadi hilang upaya secara keseluruhan dan kekal dan tidak dapat menjana pendapatan atau bekerja untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Anda kehilangan keseluruhan penglihatan kedua-dua belah mata
  • Anda kehilangan dua anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali
  • Anda kehilangan keseluruhan penglihatan pada sebelah mata dan kehilangan satu satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali

Hilang Upaya Keseluruhan Sementara Akibat Kemalangan

Sehingga RM250 tunai mingguan “manfaat hidup” selama 104 minggu, sekiranya mana-mana yang berikut berlaku dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan:

  • Anda mengalami hilang upaya sementara yang menghalang anda dari bekerja atau menjana pendapatan untuk 4 minggu berturut-turut.

Pelan Bonus untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan (Pelan Supreme, Premier & Premier Plus sahaja)

Sehingga RM25,000 tunai sekaligus tambahan untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan sekiranya:

  • Kecederaan anda mengakibatkan kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan

EZPrime juga memberi 4 pilihan berikut untuk menyesuaikan pelan anda:

Tulang Patah dan Gantian Pinggul

Sehingga RM2,500 until Tulane Patah dan Gantian Pinggul

Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:

  • Kecederaan anda menyebabkan patah tulang atau gantian pinggul dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan
  • Anda mengalami tulang yang patah spenuhnya pada bahagian berikut: pada kubah atau pangkal tengkorak, tulang buku lali, bilah bahu, retak tulang Humerus, Radius dan ulna, (kecuali retak tulang radius bawah dan ulna bawah), tulang kering dan fibula, sekurang-kurangnya 2 tulang rusuk, retak tulang paha, leher Femoral, pelvis, tulang belikat, tulang belakang (dengan kerosakan saraf tunjang)
  • Retak menyebabkan satu prosedur pembedahan di mana sendi pinggul perlu digantikan, bermaksud penggantian pinggul sepenuhnya merangkumi penggantian kedua-dua asetabulum dan kepala femoral menggunakan implant prostetik.

Tunai Kecemasan

Sehingga RM1,250 untuk kecemasan hospital

Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:

• Anda mengalami kecederaan akibat kemalangan dan dimasukkan ke hospital dalam tempoh 48 jam dari kemalangan

Perjalanan

Sehingga RM250,000 untuk kemalangan semasa perjalanan

Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:

  • Anda mengalami kecederaan semasa perjalanan; dan
  • Kecederaan anda menyebabkan Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan

Manfaat Elaun Penjagaan Kejururawatan

Sehingga RM250 seminggu untuk Penjagaan Kejururawatan

Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini selama 104 minggu sekiranya:

  • Anda mengalami kecederaan yang menyebabkan Hilang Upaya Keseluruhan Sementara
  • Anda menerima Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan Sementara Akibat Kemalangan untuk kecederaan yang sama

Lain-lain perkara penting yang harus diketahui mengenai EZPrime

  • Anda dan pasangan anda layak mendaftar sekiranya kedua-dua anda berumur 50-70.
  • Sekiranya anda mendaftar dalam EZPrime, anda boleh membuat pembatalan dengan mengembalikan Sijil kepada EZTakaful dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dan sebarang caruman yang telah anda bayar akan dikembalikan. Sekiranya anda memilih untuk membatalkan selepas 14 hari penerimaan   Sijil Takaful, sebarang caruman yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
  • Pembaharuan EZPrime adalah dijamin, selagi caruman dibayar, sehingga umur 75. Pelan ini tamat pada umur 75.
  • EZPrime ditamatkan sebaik sahaja Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dibayar.
  • Zurich General Takaful Malaysia Berhad merupakan pengendali Takaful EZPrime.

Seperti pelan lain, terdapat beberapa perkara yang tidak dilindungi

EZPrime mempunyai pengecualian-pengecualian yang termasuk aktiviti terlarang, keadaan fizikal, tingkahlaku cuai, keadaan perubatan sedia ada dan beberapa pekerjaan.

Sila lihat Sijil Induk EZPrime untuk senarai penuh pengecualian, definisi dan syarat-syarat.