Pelan yang boleh dipercayai sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka
- Penerimaan dijamin untuk umur 18 -70 tahun
- Caruman bulanan tetap yang tidak meningkat mengikut umur.
- Manfaat dibayar terus kepada anda atau keluarga anda, cukai dikecualikan
- Tiada pemeriksaan perubatan
Apa yang terkandung di dalam pelan kemalangan diri ini
Core Benefits | Basic | Supreme | Premier | Premier Plus |
---|---|---|---|---|
Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan | 100,000 | 200,000 | 300,000 | 500,000 |
Hilang Upaya Keseluruhan Sementara Akibat Kemalangan (Manfaat Mingguan) | 50 | 100 | 150 | 250 |
Pelan Bonus untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan | - | 10,000 | 15,000 | 25,000 |
Add-on Benefits | Basic | Supreme | Premier | Premier Plus |
Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan Semasa Perjalanan | 50,000 | 100,000 | 150,000 | 250,000 |
Tunai Kecemasan Semasa Kemasukan Hospital Akibat Kemalangan | 250 | 500 | 750 | 1,250 |
Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan Semasa Kecurian & Diragut | 50,000 | 100,000 | 150,000 | 250,000 |
Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan Semasa Penerbangan | 200,000 | 400,000 | 600,000 | 1,000,000 |
All amounts are in Ringgit Malaysia (RM)
Apakah yang sebenarnya dilindungi oleh pembayaran Manfaat-Manfaat Utama?
Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan
Sehingga RM500,000 tunai sekaligus sekiranya mana-mana yang berikut berlaku dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan:
-
Anda meninggal dunia akibat kemalangan tersebut
-
Anda menjadi hilang upaya secara keseluruhan dan kekal dan tidak dapat menjana pendapatan atau bekerja untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Anda kehilangan keseluruhan penglihatan kedua-dua belah mata
- Anda kehilangan dua anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali
- Anda kehilangan keseluruhan penglihatan pada sebelah mata dan kehilangan satu satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali
Hilang Upaya Keseluruhan Sementara Akibat Kemalangan
Sehingga RM250 tunai mingguan “manfaat hidup” selama 104 minggu, sekiranya mana-mana yang berikut berlaku dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan:
- Anda mengalami hilang upaya sementara yang menghalang anda dari bekerja atau menhana pendapatan untuk 4 minggu berturut-turut.
Pelan Bonus untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan (Pelan Supreme, Premier & Premier Plus sahaja)
Sehingga RM25,000 tunai sekaligus tambahan untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan sekiranya:
- Kecederaan anda mengakibatkan kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan kekal dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan
Sekiranya saya meningkatkan pelan saya dengan bayaran tunai tambahan, apakah yang dilindungi?
Perjalanan
Sehingga RM250,000 untuk Kemalangan Semasa Perjalanan
Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:
- Anda mengalami kecederaan semasa perjalanan; dan
- Kecederaan anda menyebabkan Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan
Tunai Kecemasan
Sehingga RM1,250 untuk Kecemasan Hospital
Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:
- Anda mengalami kecederaan akibat kemalangan dan dimasukkan ke hospital dalam tempoh 48 jam dari kemalangan.
Kecurian & Diragut
Sehingga RM250,000 untuk rompakan Kecurian & Diragut
Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:
- Anda mengalami kecederaan sebagai mangsa kecurian & diragut yang menyebabkan Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan
Penerbangan
Sehingga RM1,000,000 untuk Kemalangan Semasa Penerbangan
Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:
- Anda mengalami kecederaan sewaktu kemalangan penerbangan; dan
- Kecederaan anda menyebabkan Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan
Apa perkara-perkara lain yang harus diketahui mengenai ezCover?
- Anda dan pasangan anda layak mendaftar sekiranya kedua-dua anda berumur 18-70.
- Jumlah pembayaran untuk anak adalah sebanyak 50% daripada jumlah pembayaran dewasa dan anak tidak dilindungi untuk Hilang Upaya Keseluruhan Sementara.
- Anak haruslah berumur 6 bulan hingga 23 tahun dan berada di bawah tanggungan pemegang Sijil. Tiada had ke atas jumlah anak yang boleh dilindungi.
- Sekiranya anda mendaftar dalam ezCover, anda boleh membuat pembatalan dengan mengembalikan Sijil kepada EZTakaful dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dan sebarang caruman yang telah anda bayar akan dikembalikan. Sekiranya anda memilih untuk membatalkan selepas 14 hari penerimaan Sijil, sebarang caruman yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
- Pembaharuan ezCover adalah dijamin, selagi caruman dibayar, sehingga umur 75. Pelan ini tamat pada umur 75.
- ezCover ditamatkan sebaik sahaja Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dibayar.
- Zurich General Takaful Malaysia Berhad merupakan pengendali Takaful ezCover.
Apa yang tidak dilindungi di bawah ezCover?
ezCover mempunyai pengecualian-pengecualian yang termasuk aktiviti terlarang, keadaan fizikal, tingkahlaku cuai, keadaan perubatan sedia ada, beberapa pekerjaan dan keadaan.