The Yellow Brick Road @ Batai Village, Damansara Heights

Sesampai Kak Long sampai kat Kafe The Yellow Brick Road, pelayan bagitau Kak Long dapur akan ditutup dari pukul 4 sehingga 6 petang (pelanggan hanya boleh memesan minuman dan pencuci mulut sahaja pada waktu tersebut), jadi dengan pantas Kak Long membelek menu sebab masa tu dah 3.45 petang.

Minuman:

Agak banyak pilihan coklat dan teh tapi pilihan untuk minuman berjus agak terhad. Namun, harga agak berpatutan, dari serendah RM6 hingga RM15 bergantung dengan jenis minuman.

Image-1-Coffee-Menu-1
Satu muka surat penuh untuk pilihan kopi sahaja, dari RM8 – RM15
Image-2-Drink-Menu
Senarai harga teh, minuman coklat dari serendah RM6

Kak Long order Minty Lemonad, tapi rasanya agak masam untuk tekak Kak Long.

lemonade
Minty Lemonad, RM11

Makanan:

Pilihan makanannya lebih banyak, dan lebih terarah kepada makanan fusion berharga dari RM14 sehingga RM30. Nama makanan unik sangat, dan ada yang kelakar contohnya Balik Kampung (RM22) yang sebenarnya nasi kunyit dengan ayam percik dan telur carak dan Peter Pandan (RM22) penkek perisa pandan dengan buah nangka segar,aiskrim caramel dan gula melaka.

pjimage
Sebahagian menu senarai makanan untuk sarapan pagi, tengah hari dan makan malam.

Sebab lapar sangat, Kak Long order dua hidangansekaligus – Rendang Polenta dan penkek Drew Berry More.

Rasanya? Rendang Polenta memang sangat sedap, macam makan sate Kajang Haji Samuri yang dicincang…haha…Isinya adalah daging rendang kisar disalut kuah kacang pekat secukup rasa. Ada dua kuntum bunga kat dalam Rendang Polenta tu yang Kak Long letak tepi pinggan sebab Kak Long tak tau sama ada boleh makan ke tak (Lain kali kalau korang pergi dan order yang ni, tolong tanyakan untuk Kak Long ok?) Telur carak nampak macam sedap, tapi rasanya indah khabar dari rupa. Kak Long tak boleh nak telan sebab rasa dia hambar dan sejuk.

Drew Berry More tu pulak, cara hidangan dan hiasan memang cantik tapi rasa penkek ni biasa-biasa je. Dan campuran beri tu masam sangat, berkerut-kerut muka Kak Long menelannya.

Image-7-Rendang-Polenta
Rendang Polenta (RM24), daging kisar dengan kuah kacang dan telur carak
Image-8-Drew-Berry-More
Drew Berry More (RM22) yang dihiasi dengan meringue dan beri campuran.

Tak lengkap hidangan kalau takde pencuci mulutkan? Jadi Kak Long pesan kek keju dalam botol comel ni. Sangat sedap dan Kak Long makan sampai tak sedar dunia, bak kata orang kalau mak mentua lalu pun tak nampak! Tapi harga dia Kak Long rasa macam tak berbaloi – RM12, botol kecik je pun…

Image-9-Cheesecake
Cheesecake RM12

Kat menu memang takda gambar makanan tapi korang buat je macam Kak Long; intai kat  Facebook The Yellow Brick Road dan macam macam gambar makanan korang boleh tengok (kredit gambar FB: The Yellow Brick Road)

Image-10-Seafood-Tapenade-Spaghetti
Seafood Tapenade Spaghetti
Image-11-The-Bigbreakfast
The Bigbreakfast (RM30)
Image-12-The-Minimalist
The Minimalist (RM14)
Image-13-Pulled-Beef-Benedict-and-General-Pappardelle
Pulled Beef Benedict (RM25) dan General Pappardelle (RM25)

Terliur tak? Kalau korang memang kaki makan macam Kak Long atau saja nak melepak-lepak di hujung minggu dengan kawan-kawan atau nak bawak ahli keluarga keluar makan hujung minggu ni, apa kata korang cuba kafe ni yang beralamat di:

7, Jalan Batai,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +60 3-2035 5922

Waktu Beroperasi: 7 hari seminggu; 9 pagi sehingga 10 malam
(Nota: Bahagian tempat makan atas Cuma dibuka dari pukul 11 pagi (hari biasa) dan 10 pagi (hujung minggu)

Jangan lupa, esok Kak Long akan muncul lagi menyediakan ulasan tentang tempat yang menarik dan cantik khas untuk kaki selfie macam Kak Long! Jadi jangan lupa untuk terus mengikuti laman Facebook EZTakaful dan dan sambil tu korang boleh tengok pelan-pelan perlindungan diri menarik EZTakaful yang ditawarkan dan harus dimiliki!

Jumpa esok! Salam Ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *