Amat pemalu sewaktu pertama kali bersua muka dengan jejaka dari Melaka ini, Hairi mempunyai susuk tubuh yang tinggi dan tegap. Merupakan pegawai Bank di salah sebuah bank terkemuka di ibu kota, dia kini menetap bersama ibu bapanya di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Tidak banyak kenangan sewaktu kecil yang dapat diimbasnya apabila ditanya, dia cuma mampu tertawa dan berkata “Saya memang tidak banyak kenangan sewaktu kecil dan mungkin jugak sebab saya ni jenis ‘boring’ tak banyak sangat aktiviti!” Namun begitu, beliau sangat aktif bersukan dan menyertai banyak larian marathon dan mempunyai minat pelik memandu kereta dengan laju.
Dia bagaimanapun mempunyai tabiat yang sangat pelik atau mungkin juga digelar rutin harian yang pelik – iaitu keluar dari rumah seawal 6 pagi setiap hari untuk ke tempat kerja. Ditanya mengapa, dia menyatakan dia amat membenci kesesakan jalan raya dan orang yang membelok kenderaan tanpa memberi tanda isyarat “Boleh mencabar iman kalau saya tengok pemandu macam ni!” celahnya. Selalunya apabila tiba di pejabat, dia akan pergi ke gym yang berdekatan dan melakukan senaman selama sejam sebelum memulakan kerja.
Amat menggemari minuman Caramel Latte dan apa jua jenis masakan daging seperti stik dan daging rusuk, jejaka yang baru berusia 32 tahun ini sedar, walaupun badannya kelihatan tegap dan sentiasa bersenam, makanan dan minuman yang diambil secara harian ini tidak bagus untuk kesihatan dan boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan. “Saya masih muda tapi sudah pun mempunyai banyak lemak –lemak yang tidak kelihatan dan perlu dikurangkan!” selorohnya. – dan itu juga sebab mengapa dia menyertai Projek Evolusi anjuran EZTakaful dengan kerjasama Herbalife.
Mengaku tidak berapa gemar bersosial walaupun masih bujang, banyak masanya diluangkan dengan kerja dan menonton wayang bersama kawan-kawan kerana tidak berapa gemar menonton TV. Projek Evolusi ini bagaimanapun, memberi ruang kepadanya berkenalan dengan kawan-kawan baru yang mempunyai misi yang sama dan dia kelihatan ceria bergurau senda bersama peserta-peserta yang lain.
Anda sudah pun mengetahui sedikit sebanyak mengenai Hairi, apa kata anda saksikan pula aksi Hairi di kembara 6-minggunya untuk menurunkan berat badan di www.eztakaful.com.my. Adakah Hairi juga peserta kegemaran anda? Jika ya, jangan lupa mengundi untuk Hairi dan anda berpeluang memenangi hadiah hadiah tunai!