Khas untuk korang yang tak tahu, Laman Seni 7 yang dihiasi dengan lukisan-lukisan mural ini merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Program Pengindahan Lorong Belakang dan mendapat pengiktirafan luar negara iaitu Green Apple Award Winner 2014 dan MIP Planning Excellence Awards Winner 2014.
Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site.’
10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’. (sumber: Laman Web Rasmi MBSA)
Kak Long tak nak tulis banyak-banyak tapi korang tengok sendiri betapa hebat nya lukisan mural pelukis tempatan kita.
Banyak lagi lukisan mural yang Kak Long tak sempat nak ambil sebab hari dah mula hujan lebat, lenjun Kak Long jadinya. Apa kata korang sendiri pergi ke Laman Seni 7 ni dan tengok karya-karya seni yang selebihnya sambil berselfie. Tips Kak Long untuk korang, pergi awal-awal sebab selalunya memang ramai orang, tempat letak kereta pun agak susah nak dapat dan kalau lapar atau dahaga, jangan risau sebab tempat ni dikelilingi banyak kedai makan.
Minggu depan, Kak Long ada rencana khas untuk penggemar-penggemar kucing. Jadi jangan lupa untuk terus mengikuti laman Facebook EZTakaful dan dan sambil tu korang boleh tengok pelan-pelan perlindungan diri menarik EZTakaful yang ditawarkan dan harus dimiliki!