Seperti yang dijanjikan, hari ni Kak Long akan kongsi resipi Tart Keju Blueberry yang Kak Long dah cuba banyak kali dan memang menjadi.
Dalam banyak-banyak resipi yang Kak Long jumpa kat Internet dan dah cuba, yang ini jugak menjadi idaman hati, kredit kepada blog Azie Kitchen. Boleh kata semua resipi yang dia kongsi sangat sedap dan dia tak lokek berkongsi teknik-teknik rahsia – Macam Kak Long jugak laa…hehe.
Pastri
– 100 gram butter (salted)
– 75 gram gula halus
– 200 gram tepung gandum
– 1 biji telur
– 1/2 sk esen vanilla
1. Putar butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur serta esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan tepung dan digaul rata sehingga menjadi doh.
2. Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart. Cucuk dengan garfu utk mengeluarkan udara. Acuan tak perlu di gris.
3. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga keperangan. Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling.
Nota: Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.
Tart boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
Cream Cheese Filling
– 250gram cream cheese- lembut
– 20gram butter (salted)- lembut
– 60 gram gula kaster
– 1 biji telur
1. Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur dan putar hingga sebati.
2. Sudukan blueberries ke dalam pastri tart yang telah dibakar tadi. Kemudian tuang adunan cheese atas blueberries hingga menutupi bahagian filling dalam pastri.
3. Angkat dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan sejuk, jadi boleh di simpan di dalam peti sejuk seketika.
Nota: Biarkan cheese dan butter seketika tapi jangan sampai ke suhu bilik. Biarkan masih sejuk sedikit ketika diputar.
Dengan resipi ni Kak Long boleh dapat dalam 50-60 biji tapi of course laaa Kak Long tak makan semua. Selebihnya Kak Long sedekah kepada kawan-kawan dan jiran. Selain mengasah bakat memasak, boleh juga Kak Long membuat amal di bulan puasa. Korang boleh cuba resipi ni dan kongsi pula hasilnya dengan Kak Long. Minggu depan Kak Long akan kongsi resipi masakan pulak, jadi jangan lupa untuk terus mengikuti laman Facebook EZTakaful dan dan sambil tu korang boleh tengok pelan-pelan perlindungan diri menarik EZTakaful yang ditawarkan dan harus dimiliki!