Kak Long | Kek Keju Oreo Bakar

Penatnya merempuh lautan manusia kat Bazar Ramadhan semata-mata nak beli kuih-muih untuk juadah berbuka puasa, jadi hari ni Kak Long ambil keputusan nak duduk kat rumah dan buat sendiri pencuci mulut kegemaran Kak Long iaitu Kek Keju Oreo Bakar, dan Kak Long sertakan sekali resipi. Boleh la korang cuba nanti.

cheesecake2

Kerak Kek

– 100g biskut Oreo, dihancurkan

– 25g mentega, dicairkan

Bahan Kek

– 350g cream cheese, Kak Long guna jenama Philadephia

– 80g gula kaster

– ½ sudu kecil esen vanilla

– 2 biji telur

– 100g whipping cream

– 10 keping biskut Oreo, buang intinya

Cara-cara membuat Kerak Kek:

1. Satukan biskut oreo yang telah dihancurkan tadi dengan mentega yang telah dicairkan Gaul rata.

2. Tuang dalam Loyang bersaiz 7 inci dan tekan sehingga rata.

3. Bakar sekejap pada suhu 160c selama 10 minit kemudian ketepikan dan biarkan sejuk.

Cara-cara membuat Kek:

1. Pukul cream cheese dengan gula kaster sehingga lembut dan berkrim. Kemudian masukkan esen vanilla, pukul lagi selama 2 minit.

2. Masukkan pula telur satu per satu, pukul sehingga sebati. Di sepanjang proses ni, Kak Long gunakan tahap pukul yang paling rendah. Masukkan whipping cream, dan pukul lagi hingga sebati.

3. Tuang separuh adunan ke dalam Loyang yang berisi kerak oreo tadi, ratakan. Kemudian susun kepingan oreo, dan tuangkan adunan yang selebihnya. Ratakan.

4. Bakar guna teknik *waterbath selama 1 jam pada suhu 160c.

5. Bila kek sudah masak, biarkan di dalam oven selama sejam dengan pintu oven terbuka sikit. Alihkan dari waterbath, tutup dan simpan dalam peti sejuk selama semalam, baru lah boleh dipotong.

6. Kek boleh dihias dengan lelehan coklat ganache atau krim segar, terpulang kepada citarasa masing-masing. Kak Long hiaskan dengan coklat Malteser dan caramel, sebab Kak Long hantu coklat. Hehe!

*teknik waterbath: Loyang adunan di masukkan dalam Loyang yang lebih besar berisi air, untuk memastikan kek keju anda tidak terbakar.

Senangkan? Jangan risau, gerenti sedap dan menjadi. Boleh la cuba untuk juadah berbuka puasa esok. Esok Kak Long akan kongsi pulak resipi tart keju yang tak kurang senang dan sedap jadi jangan lupa untuk terus mengikuti laman Facebook EZTakaful dan dan sambil tu korang boleh tengok pelan-pelan perlindungan diri menarik EZTakaful yang ditawarkan dan harus dimiliki!

Selamat berpuasa! Salam Ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *