Dilahirkan pada 18 Februari 1990, gadis berasal dari Bandar Baru Sg.Buloh Selangor ini tertawa besar apabila saya bertanya kenapa dia masih menyendiri di usia 25 tahun. “Entah! Cuba you tanya kat lelaki-lelaki kat luar sana kenapa dia tak nak kat I!” Tergelak saya mendengar jawapan gadis bermata galak ini.
Sambil membetulkan rambutnya yang ikal mayang, matanya agak bersinar apabila bercerita mengenai Perniagaan Event Management yang baru dibuka bersama kawan-kawannya pada tahun 2015 mengkhusus kepada perkhidmatan merancang majlis perkahwinan, acara korporat dan seumpamanya. Dia juga terlibat dalam kerja sukarelawan gereja dengan memberi bantuan dan ceramah motivasi kepada mereka yang memerlukan. Dengan nada terharu dia memberitahu “Saat yang paling bermakna adalah apabila salah seorang daripada mereka datang dan memberitahu I “Alangkah bagus kalau saya boleh menjadi seperti awak…”
Anak bongsu dari 4 beradik ini mungkin nampak seperti seorang yang sangat serius, tapi kenakalannya terserlah apabila dia menyatakan dia amat minat menari salsa dan bila ditanya di lantai tarian mana dia selalu mempraktikkan minatnya itu, sekali lagi dia tergelak besar menampakkan barisan gigi yang putih dan berkata “Rahsia”. Mungkin fakta ini kedengaran lucu tetapi benar, dia mempelajari tarian tersebut melalui YouTube. Jangan terkejut kalau anda dapat tahu Nicolle merupakan pengumpul kasut tegar & mempunyai lebih 50 pasang kasut!
Dengan berat 65kg dengan ketinggian yang tidak seimbang pada 157cm dia merasakan amat perlu baginya untuk menurunkan berat badan apatah lagi dia merupakan penderita Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang disebabkan perubahan hormon terutamanya apabila berlaku peningkatan berat badan dan antara lainnya boleh mempengaruhi tahap kesuburan, tekanan dan perubahan mood dengan kerap. Dia berharap, dengan menyertai pertandingan dia mampu mendorong gadis-gadis lain seusianya – terutama sekali yang mengalami masalah kesihatan yang sama – mengikut jejak langkah beliau dalam mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk kesihatan yang lebih baik.
Anda sudah pun mengetahui sedikit sebanyak mengenai Nicolle, apa kata anda saksikan pula aksi Nicolle di kembara 6-minggunya untuk menurunkan berat badan di www.eztakaful.com.my. Adakah Nicolle juga peserta kegemaran anda? Jika ya, jangan lupa mengundi untuk Nicolle dan anda berpeluang memenangi hadiah hadiah tunai!