Siapa yang tak pernah ada kawan dalam hidup mereka kan? Mesti ada walau seorang kan?
Kawan-kawan itu pula tergolong dalam dua jenis kawan. Ada kawan yang susah senang bersama, membuat kita selesa berkawan dengannya kerana kita boleh berkongsi rahsia dan masalah tanpa perlu risau dia akan menjaja cerita dan ada pula jenis kawan yang loyar buruk membuatkan kita tak kering gusi dengan lawak jenaka yang menghiburkan hati. Kawan sebegini biasanya amat disenangi dan mempunyai ramai kawan.
Terdapat juga golongan kawan yang biasanya dijauhi oleh kawan-kawan contohnya kawan yang mudah lupa pada kawan bila dah senang, masa susah mencari kita nak minta tolong tetapi bila dah senang, kita lalu depan mata pun buat-buat tak nampak dan satu lagi, jenis kawan yang terlampau garang atau serius, boleh naya dibuatnya kalau diajak bergurau!
Anda pula tergolong dalam jenis kawan yang macamana? Dan adakah anda dalam golongan yang ramai kawan? Kalau ya, kami ada berita baik untuk anda kerana anda mungkin antara 10 pemenang bertuah kami untuk memenangi wang tunai sebanyak RM50! Caranya? Amat mudah, lawati laman Facebook EZTakaful esok, cari pos terbaru Projek Evolusi dan tag sebanyak mungkin kawan-kawan Facebook anda di bahagian komen pos terbaru Projek Evolusi. 10 peserta yang men’tag’ paling ramai kawan-kawan akan memenangi RM50! Jumpa anda esok!