Melindungi anda sewaktu kemasukkan ke hospital
- Penerimaan dijamin
- Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan
- Manfaat dibayar terus kepada anda atau keluarga anda, cukai dikecualikan
- Manfaat dibayar sebagai tambahan kepada apa jua insurans yang dimiliki
- Caruman bulanan tidak meningkat dengan usia
- Anda boleh mendaftar sekiranya berumur 18 -60
What’s inside this personal accident plan?
Core Benefits | Basic | Supreme | Premier | Premier Plus |
---|---|---|---|---|
Pendapatan Harian Hospital akibat Kemalangan (sehari) | 100 | 200 | 300 | 500 |
Manfaat Pendapatan Harian Hospital Berganda akibat Kemalangan Untuk ICU (sehari) | 200 | 400 | 600 | 1,000 |
Manfaat Elaun Harian Keluarga (sehari) | 50 | 100 | 150 | 250 |
Manfaat Elaun Rawatan Pos Kemasukan Hospital | 500 | 1,000 | 1,500 | 2,500 |
Add-on Benefits | Basic | Supreme | Premier | Premier Plus |
Manfaat Pendapatan Harian Hospital akibat Denggi Dan Malaria (sehari) | 100 | 200 | 300 | 500 |
Manfaat Pendapatan Harian Hospital akibat Kemalangan Motosikal (sehari) | 100 | 200 | 300 | 500 |
Manfaat Pembedahan Utama akibat Kemalangan | 1,000 | 2,000 | 3,000 | 5,000 |
Manfaat Rawatan Kecemasan Pesakit Luar | 50 | 100 | 150 | 250 |
All amounts are in Ringgit Malaysia (RM)
Mari kita lihat pembayaran yang tersedia dengan EZCergas
Manfaat Pendapatan Hospital
Sehingga RM500 sehari untuk 60 hari sekiranya mana-mana yang berikut berlaku selepas kemalangan:
- Anda dirawat di hospital melebihi 24 jam disebabkan oleh kecederaan
Manfaat Pendapatan Harian Hospital Berganda
Sehingga RM1,000 sehari sehingga 30 hari sekiranya mana-mana yang berikut berlaku selepas kemalangan:
- Anda dirawat di Unit Rawatan Rapi atau Unit Rawatan Kritikal (ICU) hospital melebihi 24 jam disebabkan oleh kecederaan
Manfaat Elaun Harian Keluarga
Sehingga RM250 sehari sehingga 30 hari untuk membantu keluarga anda membayar bil mereka sewaktu sekiranya anda dimasukkan ke hospital:
- Anda dirawat di hospital melebihi 24 jam disebabkan oleh kecederaan
Manfaat Elaun Rawatan Pos Kemasukan Hospital
Sehingga RM2,500 untuk membantu membayar kos tambahan sekiranya anda memerlukan rawatan susulan selepas keluar hospital sekiranya:
- Anda dimasukkan ke hospital untuk sekurang-kurangnya selama 7 hari berturut-turut
- Anda menjalani rawatan perubatan susulan yang diperlukan sebagaimana ditetapkan oleh Pakar Perubatan. Rawatan perubatan susulan mesti dijalani dalam tempoh 30 hari selepas tarikh keluar dari hospital untuk rawatan sebelumnya.
- Anda menerima Manfaat Pendapatan Harian Hospital Akibat Kemalangan atau Manfaat Pendapatan Harian Hospital Berganda akibat Kemalangan
EZCergas juga membenarkan anda meningkatkan pelan anda dengan 4 pilihan berikut:
Denggi dan Malaria
Sehingga RM500 sehari untuk Denggi dan Malaria
Anda dan keluarga anda akan menerima Manfaat Pendapatan Harian Hospital ini sehingga 30 hari sekiranya:
- Anda dirawat di hospital melebihi 24 jam akibat Denggi atau Malaria
Kemalangan Motosikal
Sehingga RM1,000 untuk Kemalangan Motosikal
Anda dan keluarga anda akan menerima Manfaat Pendapatan Harian Hospital ini sehingga 60 hari sekiranya:
- Anda dirawat di hospital akibat kecederaan sewaktu menunggang atau membonceng motosikal
- Anda melaporkan kemalangan motosikal kepada pihak polis dalam tempoh 24 jam dan tuntutan anda disokong dengan laporan polis
Pembedahan Utama
Sehingga RM5,000 untuk Pembedahan Utama
Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:
- Anda menjalani pembedahan utama disebabkan oleh kemalangan dan dimasukkan ke hospital untuk tempoh minimum 48 jam
- Pembedahan Utama anda merupakan salah satu dari pembedahan berikut: Pemindahan Organ Utama seperti Hati, Buah Pinggang, Paru-paru, Perut, penerima Hati atau Jantung, Pembedahan Penggantian Sendi Pinggul atau Lutut, Pemotongan tisu otak dengan kraniotomi, Pembedahan jantung terbuka, Pembedahan histerektomi
Tunai Pesakit Luar
Sehingga RM250 tunai untuk Kecemasan Pesakit Luar.
Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:
- Anda menjalani rawatan kecemasan pesakit luar (ditetapkan oleh pakar perubatan) dalam tempoh 48 jam selepas kemalangan
Lain-lain perkara penting yang harus diketahui mengenai EZCergas
- Anda dan pasangan anda layak mendaftar sekiranya kedua-dua anda berumur 18-60.
- Jumlah pembayaran untuk anak adalah sebanyak 50% daripada jumlah pembayaran dewasa .
- Anak haruslah berumur 6 bulan hingga 23 tahun dan berada di bawah tanggungan pemegang Sijil. Tiada had ke atas jumlah anak yang boleh dilindungi.
- Sekiranya anda mendaftar untuk EZCergas, anda boleh membuat pembatalan dengan mengembalikan Sijil kepada EZTakaful dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dan sebarang caruman yang telah anda bayar akan dikembalikan. Sekiranya anda memilih untuk membatalkan selepas 14 hari penerimaan Sijil Takaful, sebarang caruman yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
- Pembaharuan EZCergas adalah dijamin, selagi caruman dibayar, sehingga umur 65. Pelan ini tamat pada umur 65.
- Zurich General Takaful Malaysia Berhad merupakan pengendali Takaful EZCergas.
Seperti pelan lain, terdapat beberapa perkara yang tidak dilindungi
EZCergas mempunyai pengecualian-pengecualian yang termasuk aktiviti terlarang, keadaan fizikal, tingkahlaku cuai, keadaan perubatan sedia ada dan beberapa pekerjaan.