Melindungi anda yang berumur melebihi 50 tahun
- Penerimaan dijamin
- Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan
- Manfaat dibayar terus kepada anda atau keluarga anda, cukai dikecualikan
- Manfaat dibayar sebagai tambahan kepada apa jua insurans yang dimiliki
- Caruman bulanan tidak meningkat dengan usia
- Anda boleh mendaftar sekiranya berumur 50 -70
What’s inside this personal accident plan?
Core Benefits | Basic | Supreme | Premier | Premier Plus |
---|---|---|---|---|
Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan | 100,000 | 200,000 | 300,000 | 500,000 |
Hilang Upaya Keseluruhan Sementara Akibat Kemalangan | 50 | 100 | 150 | 250 |
Pelan Bonus untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan | - | 10,000 | 15,000 | 25,000 |
Add-on Benefits | Basic | Supreme | Premier | Premier Plus |
Tulang Patah Akibat Kemalangan | 500 | 1,000 | 1,500 | 2,500 |
Gantian Pinggul Akibat Kemalangan | 500 | 1,000 | 1,500 | 2,500 |
Tunai Kecemasan Semasa Kemasukan Hospital Akibat Kemalangan | 250 | 500 | 750 | 1,250 |
Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan Semasa Perjalanan | 50,000 | 100,000 | 150,000 | 250,000 |
Elaun Penjagaan Kejururawatan bagi Hilang Upaya Keseluruhan Sementara Akibat Kemalangan | 50 | 100 | 150 | 250 |
All amounts are in Ringgit Malaysia (RM)
Mari kita lihat pembayaran yang tersedia dengan EZPrime
Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan
Sehingga RM500,000 tunai sekaligus sekiranya mana-mana yang berikut berlaku dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan:
- Anda meninggal dunia akibat kemalangan tersebut
- Anda menjadi hilang upaya secara keseluruhan dan kekal dan tidak dapat menjana pendapatan atau bekerja untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Anda kehilangan keseluruhan penglihatan kedua-dua belah mata
- Anda kehilangan dua anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali
- Anda kehilangan keseluruhan penglihatan pada sebelah mata dan kehilangan satu satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali
Hilang Upaya Keseluruhan Sementara Akibat Kemalangan
Sehingga RM250 tunai mingguan “manfaat hidup” selama 104 minggu, sekiranya mana-mana yang berikut berlaku dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan:
- Anda mengalami hilang upaya sementara yang menghalang anda dari bekerja atau menjana pendapatan untuk 4 minggu berturut-turut.
Pelan Bonus untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan (Pelan Supreme, Premier & Premier Plus sahaja)
Sehingga RM25,000 tunai sekaligus tambahan untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan sekiranya:
- Kecederaan anda mengakibatkan kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan
EZPrime juga memberi 4 pilihan berikut untuk menyesuaikan pelan anda:
Tulang Patah dan Gantian Pinggul
Sehingga RM2,500 until Tulane Patah dan Gantian Pinggul
Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:
- Kecederaan anda menyebabkan patah tulang atau gantian pinggul dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan
- Anda mengalami tulang yang patah spenuhnya pada bahagian berikut: pada kubah atau pangkal tengkorak, tulang buku lali, bilah bahu, retak tulang Humerus, Radius dan ulna, (kecuali retak tulang radius bawah dan ulna bawah), tulang kering dan fibula, sekurang-kurangnya 2 tulang rusuk, retak tulang paha, leher Femoral, pelvis, tulang belikat, tulang belakang (dengan kerosakan saraf tunjang)
- Retak menyebabkan satu prosedur pembedahan di mana sendi pinggul perlu digantikan, bermaksud penggantian pinggul sepenuhnya merangkumi penggantian kedua-dua asetabulum dan kepala femoral menggunakan implant prostetik.
Tunai Kecemasan
Sehingga RM1,250 untuk kecemasan hospital
Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:
• Anda mengalami kecederaan akibat kemalangan dan dimasukkan ke hospital dalam tempoh 48 jam dari kemalangan
Perjalanan
Sehingga RM250,000 untuk kemalangan semasa perjalanan
Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini sekiranya:
- Anda mengalami kecederaan semasa perjalanan; dan
- Kecederaan anda menyebabkan Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan
Manfaat Elaun Penjagaan Kejururawatan
Sehingga RM250 seminggu untuk Penjagaan Kejururawatan
Anda dan keluarga anda akan menerima manfaat tunai sekaligus ini selama 104 minggu sekiranya:
- Anda mengalami kecederaan yang menyebabkan Hilang Upaya Keseluruhan Sementara
- Anda menerima Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan Sementara Akibat Kemalangan untuk kecederaan yang sama
Lain-lain perkara penting yang harus diketahui mengenai EZPrime
- Anda dan pasangan anda layak mendaftar sekiranya kedua-dua anda berumur 50-70.
- Sekiranya anda mendaftar dalam EZPrime, anda boleh membuat pembatalan dengan mengembalikan Sijil kepada EZTakaful dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dan sebarang caruman yang telah anda bayar akan dikembalikan. Sekiranya anda memilih untuk membatalkan selepas 14 hari penerimaan Sijil Takaful, sebarang caruman yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
- Pembaharuan EZPrime adalah dijamin, selagi caruman dibayar, sehingga umur 75. Pelan ini tamat pada umur 75.
- EZPrime ditamatkan sebaik sahaja Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dibayar.
- Zurich General Takaful Malaysia Berhad merupakan pengendali Takaful EZPrime.
Seperti pelan lain, terdapat beberapa perkara yang tidak dilindungi
EZPrime mempunyai pengecualian-pengecualian yang termasuk aktiviti terlarang, keadaan fizikal, tingkahlaku cuai, keadaan perubatan sedia ada dan beberapa pekerjaan.