Thai Tuk Tuk, Publika

Restoran Thai Tuk Tuk yang terkenal dengan makanan tepi jalan berasal dari Phuket, Bangkok, Chiang Mai, Udon Thani dan Hatyai dan baru saja dibuka awal 2016. Tak payah bayar tiket kapal terbang mahal-mahal nak rasa makanan Thai hehe…

Lebih 20 minit Kak Long belek menu sebab semua nampak sedap tapi kena fikir banyak kali sebab harga dia agak mahal pada Kak Long. Pucuk paku goreng belacan pun dah RM16.90, apakah? Kalau balik kampung boleh makan free je, petik belakang rumah.

Collage3 (1)

Selalunya kalau pergi restoran makanan Thai, menu Kak Long selalu sama je. Salad mangga, ayam daun pandan dan nasi goreng nanas. Tapi kali ni Kak Long nak cuba menu yang lain pulak, so Kak Long pilih Seafood Tom Yam Noodle (RM18.90) dan Grill Chicken (RM15.90).

Collage4 (1)

Rasanya? Agak mengecewakan. Seafood Tom Yam Noodle sangat berminyak, tak pedas macam yang Kak Long pernah rasa kat restoran Thai lain dan lebih banyak fish ball dari seafood. Bila hirup kuah tu boleh rasa macam ada sesuatu ramuan yang kureng. Sudahnya Kak Long makan tak sampai separuh dan cuba Ayam Grill dia pulak tapi ayam dia pulak Masya Allah keras! Kering pulak tu dan tawar. Memang menghampakan betul…baki lagi 2 setengah cucuk Kak Long letak tepi. Terbantut dah niat nak pesan pencuci mulut.

Nasib baik Teh Ais dia sedap tapi lagi bagus dia kurangkan ais sebab dalam 5 minit je air dah rasa tawar sebab ais dah mencair.

Collage1 (1)

 

Secara keseluruhannya, makanan dia agak mengecewakan, memang tak berbaloi dengan harganya. Persekitaran kedai dah cukup selesa, cantik dan bersih. Tapi mungkin silap Kak Long tak selidik ulasan pengunjung dan tengok makanan mana yangjadi pilihan. Dah habis makan tu baru Kak Long google dan nampak ramai pesan Fish Cakes dan Hat Yai fried chicken. Haih!

Mungkin korang boleh cuba menu lain dan bagi ulasan korang pulak. Terkilan pulak rasanya tak dapat makan pencuci mulut dia, tapi Kak Long rasa korang check dulu ulasan pengunjung-pengunjung lain kat Foursquare; sebab restoran ni takde Facebook atau Instagram.

Restro

Alamat:

A1-G2-09

Publika Shopping Gallery,

1 Jalan Dutamas 1, Solaris Mont Kiara

Kuala Lumpur

Tel: 012-308 3576

Kak Long pun tak tau lagi apa yang Kak Long nak tulis minggu depan sebab otak dah jem lepas makan mi tom yam yang tak sedap ni tapi korang tunggu je tau. Jadi, jangan lupa untuk terus mengikuti laman Facebook EZTakaful dan dan sambil tu korang boleh tengok pelan-pelan perlindungan diri menarik EZTakaful yang ditawarkan dan harus dimiliki!

Jumpa lagi minggu depan! Salam Ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *