Meet Contenstant Areed Razman – “A man of many dreams”

 “Comelnyaaa!”

Itu perkara pertama yang terdetik dalam hati saya pertama kali melihat Areed.  Nampak  pendiam dan sombong orangnya tetapi bila dah kenal, baru saya tahu orangnya sangat peramah dan boleh jadi riuh bila berborak dengannya.

Mengimbau kembali kenangan lalu yang tidak boleh dilupakan, dia menceritakan kisah yang berlaku padanya pada tahun 2014 di mana dia mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan marathon dan pertandingan itu juga disertai oleh kawan-kawannya demi menunjukkan sokongan mereka kepadanya. Kesemua kawannya telah pun berlari jauh ke depan meninggalkannya termengah-mengah di belakang, dan apabila mereka semua telah sampai ke garisan penamat, penat-namun dia gagahkan juga kerana kawan-kawan bersorak memberi semangat. Apabila dia menghampiri garisan penamat, entah dari mana datangnya, tiba-tiba ada seorang kakak “reporter” muncul nak interview – jadi dia berhenti dan menjawab soalan kakak “reporter” tanpa sedar rupanya dia belum pun menghabiskan lariannya dan dia merupakan orang terakhir dalam pertandingan itu!  Sedih apabila kawan-kawannya yang lain mendapat pingat kecuali dia. Bila dikenang balik, rasa nak tergelak pun ada.

Anak sulung daripada dua beradik dan berbintang Libra ini sangat mengagumi sejarah dan kebudayaan di samping menggemari rancangan realiti TV seperti “Survivor”, “Big Brother”, “Amazing Race” dan merasakan mengatakan kehidupannya berkait rapat dengan rancangan realiti “Gossip Girls”. Apabila ditanya apa bakat terpendamnya, sambil tergelak kecil dia menjawap “Melukis kanvas and menulis lagu”. Sangat kagum apabila saya melihat koleksi lukisannya dan melihat bait-bait lirik lagu yang digubah. Dan rasa lagi takjub bila mengetahui dia juga sangat berbakat dalam memasak dan membuat kek.  Masih bujang, dia amat aktif bersosial di laman Twitter dan Instagram di bawah nama profil Areed Razman dan juga mempunyai blog nya sendiri di www.ehgosheep.com.

Dengan berat 125kg pada usianya menjelang 31 tahun pada tahun ini, dia merasakan sudah tiba masanya dia melakukan sesuatu untuk menurunkan berat badan kerana bimbang ia akan menjejaskan kesihatan – sebab utama dia menyertai Projek Evolusi anjuran EZTakaful dengan kerjasama Herbalife. Anda sudah membaca kisah-kisah menarik Areed, apa kata anda saksikan pula aksi Areed di kembara 6-minggunya untuk menurunkan berat badan di www.eztakaful.com.my. Adakah Areed juga peserta kegemaran anda? Jika ya, jangan lupa mengundi untuk Areed dan anda berpeluang memenangi hadiah hadiah tunai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *