House of Cat baru saja dibuka pada 30hb April 2016, menempatkan lebih 20 ekor kucing dari pelbagai baka. Menurut pengurus House of Cat, mereka mensasarkan 50 ekor kucing untuk ditempatkan di House of Cat pada masa akan datang.
Yuran masuk memang sangat murah, RM5 sejam untuk seorang. Pondok artistik ni merupakan pondok Cashier, kalau korang masuk memang akan kagum sebab tak ada bau kucing atau bulu-bulu kucing berterbangan macam sesetengah rumah kucing yang lain. Pengurus House of Cat pulak sangat peramah orangnya, tak lokek berkongsi maklumat pasal kucing-kucing yang ada di sini.
Meh kita tengok penghuni-penghuni House of Cat, Kak Long siap boleh hafal nama seekor-seekor lagi.
Korang takkan tau betapa bestnya tempat ni dan betapa bestnya menggomol kucing-kucing gemuk di House of Cat melainkan korang pergi dan rasai sendiri. Mungkin korang boleh pergi masa cuti Sabtu atau Ahad ni ke?
Lokasi:
No.23, Jalan Plumbum, R7/R
Pusat Komersial Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor
Telefon:
+6 017 975 1067
+6 03 5524 6464
Waktu Urusan:
11 pagi – 9 malam (tutup pada setiap Isnin)
Facebook: House of Catzz
Laman Web: www.houseofcat.com.my
Instagram: @Houseofcat
Okay dah, Kak Long rasa lapar dah ni jadi kita jumpa esok, sebab Kak Long dah lapar dah ni. Kalau korang nak tau Kak Long makan kat mana, tunggu blog Kak Long esok! Jangan lupa untuk terus mengikuti laman Facebook EZTakaful dan dan sambil tu korang boleh tengok pelan-pelan perlindungan diri menarik EZTakaful yang ditawarkan dan harus dimiliki!